Laporan harian petang - 24 Jan 2011(Isnin)
1. Tiga murid Melayu lelaki 2H telah dikenal pasti suka merayau-rayau ketika P&P. Nama mereka telah direkodkan didalam e-disiplin pada hari ini.
2. Keadaan kebanyakan kelas masih tak memuaskan. Guru-guru mata pelajaran masih ada yang tak memberi komitmen yang diharapkan dalam mempastikan kebersihan kelas diberi perhatian.
3. Program 'Born to Read" dijalankan seperti dijadualkan. Pemantauan dijalankan. Ada guru-guru yang tidak berapa serius melaksanakan aktiviti yang dicadangkan kerana ada yang tidak merekodkan kehadiran murid dan ada juga yang tak sempat menulis laporan. Cuma 11 daripada 18 guru yang menghantar semula buku laporan ini.
4. semua guru petang telah dimaklumkan tentang perjumpaan e-disiplin esok pada jam 11 pagi di makmal sains(25/1/20110)- Arahan Tuan Pengetua.